Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Malaysia siasat duti antilambakan ke atas import keluli dari China, Korea dan Vietnam
Ekonomi

Malaysia siasat duti antilambakan ke atas import keluli dari China, Korea dan Vietnam

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Kerajaan Malaysia memulakan siasatan duti antilambakan ke atas import produk keluli bergalvani celupan panas dari China, Korea Selatan dan Vietnam.

Langkah itu diambil selepas menerima petisyen daripada CSC Steel Sdn. Bhd. yang mendakwa produk tersebut dijual bawah harga pasaran negara asalnya, menyebabkan kesan buruk kepada industri tempatan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerusi kenyataan memaklumkan, siasatan akan dibuat berdasarkan Seksyen 20 Akta Duti Balas dan AntiLambakan 1993 (Akta) serta Peraturan-Peraturan Duti Balas dan AntiLambakan 1994 (Peraturan).

Keputusan awal dijangka diumumkan dalam tempoh 120 hari dan jika didapati berasas, duti antilambakan sementara akan dikenakan.

MITI turut akan mengedarkan soal selidik kepada pihak berkepentingan termasuk pengimport, pengeksport dan kerajaan negara terlibat.

Pihak yang ingin menyertai siasatan tersebut perlu mendaftar dengan MITI sebelum 21 Februari ini dan mengemukakan maklum balas serta bukti sokongan selewat-lewatnya 8 Mac 2025.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...