Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%
Ekonomi

Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2024 mencapai RM1.9 trilion iaitu melonjak 4.6 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia menerusi kenyataan berkata, pertumbuhan nilai jualan sektor itu disokong oleh subsektor makanan minuman dan tembakau.

Sementara itu, subsektor peralatan elektrik dan elektronik dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka turut menyumbang kepada pertumbuhan jualan sektor pembuatan.

Nilai jualan industri beorientasikan eksport juga terus bekembang pada Disember 2024.

Pengembangan ini dipacu oleh peningkatan dalam industri pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal.

Industri berorientasikan domestik juga bertambah baik pada Disember 2024 yang disumbangkan antaranya peningkatan dalam industri pembuatan produk pemprosesan makanan, pembuatan produk logam kecuali mesin dan kelengkapan.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...