Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Livevartha) — Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot sedikit hari ini apabila pasaran berehat selepas berlaku kenaikansemalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas kekal kukuhdi tengah-tengah ketegangan ekonomi dan geopolitik yang berterusan, tetapi kedua-dua faktor itumula reda menjelangpembukaan pasaran Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata dengan kebimbangan tarif yang semakin berkurangan, perhatian pasaran beralih ke arahdata makro utama ASapabila pergerakan dolar seterusnya sebanyak 1.0 peratus, sama ada lebih tinggi atau lebih rendah, ia boleh dipengaruhi oleh laporan senarai gaji bukan ladangpadaJumaat.

Oleh itu, kata Innes, hubung kait harga emas yang bergerak ke arah bertentangan berbandingdolar ASmungkin menjadi lebih ketara apabila pasaran berakhirminggu ini.

"Melihat kepada keadaan ini, kita mungkin akan melihat beberapa aktiviti pengambilan untungdalam emas jikatiada kejutan tarif baharu dari Presiden AS, Donald Trump, sebelum data dikeluarkan esok.

“Bagaimanapun, saya percaya harga emas kekal kukuh dengan kecenderungan menaik terutamanya apabila kita menghampiri 1 April, tarikh akhir yang ditetapkan Trump untuk penasihatnya membentangkan strategi tarif yang didorong oleh ketidakseimbangan perdagangan.

"Dalam erti kata lain, gold bulls(simbol kekuatan dalam kewangan) tidak akan ke mana-mana,” katanya kepada Livevartha.

Kontrak bulan semerta Februari 2025 susutkepada US$2,858.0 setiap auns troy daripada US$2,866.90 setiap auns troy pada Rabu.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 7 Feb (Livevartha) — Bursa...

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 6 Feb (Livevartha) — Kontrak...

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Tutup Cuti Hari Thaipusam 
Pasaran

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Tutup Cuti Hari Thaipusam 

KUALA LUMPUR, 6 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan...