Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh SD Guthrie dan Tenaga Nasional, kata penganalisis.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 1.71 mata kepada 1,583.46 berbanding 1,585.17 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.55 mata kepada 1,583.62.

Bagaimanapun, di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 114 manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,817 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 121.16 juta unit bernilai RM77.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan peniaga mengambil kira laporan pendapatan korporat terkini yang turut mencatat prestasi berbeza-beza.

Beliau berkata fokus pada masa ini tertumpu kepada aspek-aspek khusus syarikat manakala sebahagian besarnya tidak memberikan perhatian kepada isu tarif.

Sementara itu, hasil bon 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.436 peratus.

Related Articles

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 6 Feb (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Merosot Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Siti Radziah Hamzah KUALA LUMPUR, 6 Feb (Livevartha) — Niaga hadapan...

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Tutup Cuti Hari Thaipusam 
Pasaran

Bursa Malaysia, Anak Syarikat Tutup Cuti Hari Thaipusam 

KUALA LUMPUR, 6 Feb(Livevartha) — Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan...