Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) –Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian terutamanya dalam sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi, kata penganalisis.
Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik0.63 peratus atau9.95mata kepada 1,574.51 berbanding paras penutup1,564.56 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik1.07 mata kepada 1,565.63, bergerak antara paras1,564.43 dan1,576.45 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak622 berbanding345, manakala 493 kaunter tidak berubah, 840 tidak diniagakan dan10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.86 bilion unit bernilai RM2.32 bilion daripada2.23 bilion unit bernilai RM2.05 bilion pada Selasa.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, bagaimanapun, pasaran utama serantaumenyaksikan dagangan ditutup bercampur-campur, mencerminkan ketidakpastianpelabur terhadap impakekonomi daripada tarif baharu AS-China.
Bagi pasaran tempatan beliauoptimis namun berhati-hati memandangkanperang perdagangan Amerika Syarikat (AS)boleh meningkatkan turun naik pasaran dan melemahkan keyakinan pelabur.
Namun begitu, penilaian FBM KLCI masih kekalmenarik ditambah dengankeadaan ekonomi yang bertambah baik.