KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi ditutup sepenuhnya, pukul 8.30 pagi tadi.
Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, penutupan PPS itu melibatkan Dewan Muafakat Taman Desaru, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar.
Semalam, ketiga-tiga PPS dibuka bagi menempatkan lebih 370 penduduk terjejas banjir dari Taman Desaru Utama, Kampung Baru Sungai Mas dan Taman Penawar Harmoni, berikutan hujan lebat yang berlaku pada awal pagi semalam.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan, paras Sungai Kahang di Kluang menunjukkan bacaan bahaya, 14.58 meter berbanding paras biasa, 10 meter.