Monday , 24 February 2025
Home Pasaran Belian Saham Pada Harga Rendah Berterusan Pacu Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
Pasaran

Belian Saham Pada Harga Rendah Berterusan Pacu Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Belian Saham Pada Harga Rendah Berterusan Pacu Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Feb(Livevartha) –Bursa Malaysia kekal meningkat pada dagangan tengah hari Selasa dipacu olehaktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, menurut penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh0.42 pertus mewakili6.61 mata kepada1,560.24 daripada1,553.63 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras ketika dibuka menokok3.40 mata kepada1,557.03 dan bergerak dalam julat1,554.59 dan1,562.49 sepanjang sesi dagangan.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 483 berbanding329 manakala 444 kaunter tidak berubah,1,048 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah1.44 bilion saham bernilaiRM953.12 juta.

Menurut seorang penganalisis prestasi pasaran saham tempatan seiring dengan pasaran serantau, yang pulih semula selepasPresiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa tarifke atas Mexico dan Kanada akan ditangguhkan selama sebulan.

Menurut laporan berita, Rumah Putih juga menyatakan bahawa Trump akan berbincang dengan Presiden China, Xi Jinping, yang mencetuskan harapan untuk suatu perjanjian bagi mengelakperang perdagangan yang lebih meluas.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata dalam suasana ketidaktentuan yang meningkat dalampasaran saham, berlakunya peralihan dana kepada aset yang lebih selamat, terutamanya emas, dengan harga kini melebihi US$2,800 setiap auns troy.

"Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,550-1,560 kerana para pelabur mungkin lebih cenderung untuk tidak memasuki pasaran sambil menunggu keadaanreda,” katanya dalam satu nota.

Related Articles

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...