Wednesday , 5 February 2025
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Penyusutan Pasaran Soya, Minyak Mentah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Feb(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi sebaliknya apabila ditutup lebih rendah pada hari ini berbanding peningkatan semalam.

Perkembangan itu didorong oleh kelemahan pasaran minyak soya selain penyusutan harga minyak mentah global.

“(Berikutan itu) kami melihat paras sokongan harga MSM padaRM4,250 satu tan manakala rintangan pada RM4,400 satu tan,” kata Peniaga Minyak Sawit David Ng kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidik Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani menyifatkan penangguhan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada, hanya menambah tekanan terhadap minyak sawit ketika permintaan terus suram susulan harganya yang premium.

Beliau berkata data Persatuan Pengilang-Pengilang Sawit Selatan Semenanjung menunjukkan pengeluaran minyak sawit pada Januari 2025telah merosot sebanyak15.19 peratus berbanding Disember 2024 ketika pasaran menunggu pengumuman data pengeluaran minyak sawit Malaysia yang lebih menyeluruh.

Dalam pada itu, jurunilai kargoITS berkata eksport minyak sawit bagi Januari juga kekal lemah pada 1,192,328 tan yang merupakan penyusutan sebanyak 12.30 peratus.

Pada akhir dagangan hari ini,kontrak Februari 2025 turun RM55 kepada RM4,416 satu tan, Mac 2025 berkurangan RM59 kepada RM4,308 manakala April 2025 merosot RM54 kepada RM4,227.

Kontrak Mei 2025 pula menguncup RM50 kepada RM4,168 satu tan, Jun 2025 turun RM55 kepada RM4,123 dan Julai 2025 berkurangan RM60 kepada RM4,094.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS...

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 4 Feb (Livevartha) — Bursa...

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 4 Feb(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur pada...