Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan kecenderungan menaik minggu depan, bergerak dalam julat US$2,775 hingga US$2,825 dan dipacu oleh permintaan fizikal yang kukuh di Asia serta minat spekulatif daripada pasaran Barat.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dalam pasaran emas yang biasanya mengukuh semasa tempoh ketidaktentuan dan kebimbangan, kini disokong oleh ekonomi yang dinamik di Asia.

\”Walaupun harga belum melepasi paras US$2,800, ini boleh menjadi formaliti semata-mata jika retorik tarif bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump diterjemahkan kepada tindakan konkrit,\” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Januari 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,791.50 setiap auns troy, meningkat daripada US$2,777.0 setiap auns troy dan kontrak Februari 2025 merosot kepada US$2,754.10 setiap auns troy daripada US$2,785.90 setiap auns troy, minggu sebelumnya.

Kontrak Mac, April dan Jun 2025 semuanya ditutup lebih rendah kepada US$2,762.60 setiap auns troy daripada US$2,794.80 setiap auns troy auns minggu lepas.

Jumlah dagangan turun kepada tiada lot daripada 60 lot minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 25 kontrak daripada 85 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Jan, 2025, harga emas fizikal berada pada US$2,787.25 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Rumah siap dibina melonjak 30.2% pada suku pertama
Ekonomi

Rumah siap dibina melonjak 30.2% pada suku pertama

PASARAN hartanah negara kekal berdaya tahan walaupun terdapat penurunan transaksi pada suku...

Penurunan SRR bukan petunjuk dasar monetari – Gabenor
Ekonomi

Penurunan SRR bukan petunjuk dasar monetari – Gabenor

ABDUL RASHEED GHAFFOURPETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa keputusan untuk...

OPR masih kekal pada 3.0 peratus
Ekonomi

OPR masih kekal pada 3.0 peratus

BANK Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus....

PMB Investment agih pendapatan 4.00 sen seunit bagi An-Nur Waqf Income Fund
Ekonomi

PMB Investment agih pendapatan 4.00 sen seunit bagi An-Nur Waqf Income Fund

PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam...