Home Nasional Presiden Indonesia adakan Lawatan Negara ke Malaysia, esok
Nasional

Presiden Indonesia adakan Lawatan Negara ke Malaysia, esok

Presiden Indonesia adakan Lawatan Negara ke Malaysia, esok

Presiden Indonesia Prabowo Subianto/ AFP

PUTRAJAYA, 26 Januari– Presiden Indonesia Prabowo Subianto akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia, esok atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan Prabowo akan diiringi oleh menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan.

Lawatan Negara ini mencerminkan hubungan persahabatan yang erat antara Malaysia dan Indonesia.

\”Ia juga menjadi lawatan Ketua Negara asing pertama ke Malaysia selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan lawatan pertama Presiden Prabowo Subianto ke negara Asia Tenggara selepas beliau dilantik sebagai Presiden pada 20 Oktober 2024.

Semasa lawatan ini, Presiden Prabowo akan disambut dengan Istiadat Sambutan Negara dan diikuti dengan Kunjungan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim turut berkenan meraikan Presiden Indonesia dan delegasi dalam Majlis Santapan Negara.

Presiden Prabowo dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

\”Sebagai negara tetangga serumpun yang akrab dan dua negara pengasas ASEAN, Lawatan Negara ini melambangkan komitmen kedua-dua negara untuk melonjakkan tahap hubungan dua hala ke tahap yang lebh tinggi demi kemakmuran dan kemajuan kedua-dua negara dan juga untuk rantau ASEAN\”, menurut kenyataan itu.

\”Keutuhan jalinan yang harmoni dan strategik ini mencakupi pelbagai bidang kerjasama komprehensif seperti politik, ekonomi, pertahanan, kesalinghubungan, pendidikan dan sosiobudaya.

Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatat RM106.06 bilion (US$23.2 bilion), meningkat daripada RM101.99 bilion (US$22.41 bilion) yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2023.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM111.21 bilion (US$24.39 bilion).

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...