Home Nasional Tingkat kualiti bekalan elektrik Sabah melalui kerjasama strategik Persekutuan – Hajiji
Nasional

Tingkat kualiti bekalan elektrik Sabah melalui kerjasama strategik Persekutuan – Hajiji

Tingkat kualiti bekalan elektrik Sabah melalui kerjasama strategik Persekutuan – Hajiji

Foto BERNAMA

TUARAN, 26 Januari- Kerajaan Sabah komited untuk meningkatkan kualiti bekalan elektrik di seluruh negeri dengan mengukuhkan kerjasama strategik bersama kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata inisiatif itu sejajar dengan peranan pengawalan seliaan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) yang digariskan dalam Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040), bertujuan memastikan bekalan elektrik lebih stabil dan mampan.

\”Walaupun kuasa kawal selia bekalan elektrik kini di bawah kerajaan negeri, bekerja sama erat dengan kerajaan Persekutuan tetap menjadi keutamaan untuk memastikan rakyat Sabah menikmati perkhidmatan elektrik yang berkualiti,\” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Program Sabah Electricity bersama Komuniti dan Rumah Terbuka Krismas 2024 serta Tahun Baharu 2025 di Dewan Seri Sulaman di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, Hajiji menjelaskan bahawa langkah pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk tempoh Januari hingga Jun 2025 adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat.

\”Peruntukan subsidi bernilai RM50.9 juta ini memberi manfaat kepada pengguna domestik yang layak dan pengguna bukan domestik dalam kategori tarif voltan rendah, termasuk sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),\” katanya.

Beliau berkata cabaran bekalan elektrik di Sabah bukan sahaja melibatkan isu kapasiti penjanaan tetapi juga peningkatan permintaan berikutan kepesatan pembangunan ekonomi.

\”Kerajaan negeri memberi tumpuan untuk mencapai jidar simpanan kapasiti penjanaan sebanyak 30 peratus melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Penjanaan jangka pendek,\” tambahnya.

Dalam usaha ini, ECoS akan terus bekerja sama rapat dengan Sabah Electricity bagi melaksanakan pelan transformasi yang komprehensif untuk menambah baik sistem bekalan elektrik di seluruh Sabah.- BERNAMA

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...