Home Nasional Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Nasional

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan negara

Foto Bernama

SUBANG, 27 Januari – Presiden Indonesia Prabowo Subianto, tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pesawat Indonesia 1 yang membawa Prabowo beserta delegasi, mendarat di Pangkalan Udara Subang TUDM, di sini pada pukul 5.35 pagi tadi.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, hadir bagi menyambut ketibaan Prabowo bersama-sama delegasinya, yang terdiri daripada beberapa menteri Kabinet Indonesia dan pegawai kanan kerajaan.

Sejurus tiba, beliau disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) dengan kekuatan dua pegawai dan 26 lain-lain pangkat yang dipimpin oleh Kapten Muhammad Syafiq Najmi bin Mazlan.

Dalam lawatannya, Prabowo dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam majlis sambutan rasmi diikuti dengan mesyuarat dua hala secara tertutup.

Prabowo juga akan mengadakan kunjungan bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....