Home Nasional Malaysia berada pada A3, kekal taraf kredit berdaulat
Nasional

Malaysia berada pada A3, kekal taraf kredit berdaulat

Malaysia berada pada A3, kekal taraf kredit berdaulat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada A3 dengan tinjauan stabil agensi penarafan antarabangsa Moody\’s Ratings (Moody\’s) mencerminkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara berada pada landasan betul dan tepat.

Pensyarah Kanan Ekonomi Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, penarafan itu adalah bukti jelas terhadap usaha serta kesungguhan kerajaan dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini yang mula menunjukkan hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

\”Pertama sekali sudah semestinya akan membantu untuk menaikkan keyakinan pelabur-pelabur sama ada pelabur dari luar negara ataupun domestik untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi hab pelaburan berdaya saing di peringkat global.

\”Ini juga akan memberi pulangan baik kepada mereka (pelabur) pada masa depan. Kedua sudah semestinya perkara ini dilihat mampu merancakkan ekonomi domestik negara dengan pertumbuhan fiskal dan monetari lebih baik,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Pengekalan penarafan itu disokong kestabilan mata wang negara menerusi permintaan meningkat terhadap pelaburan asing.

Pada masa sama nilai ringgit dijangka lebih kompetitif di peringkat global seterusnya berupaya menstabilkan kadar pertukaran ringgit Malaysia.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....