Wednesday , 29 January 2025
Home Ekonomi Kenaikan kos pembinaan, harga hartanah kediaman dijangka meningkat
Ekonomi

Kenaikan kos pembinaan, harga hartanah kediaman dijangka meningkat

Harga hartanah kediaman tempatan dijangka meningkat tahun ini berikutan kenaikan kos pembinaan yang berterusan / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Januari – Harga hartanah kediaman tempatan dijangka meningkat tahun ini berikutan kenaikan kos pembinaan yang berterusan, terutamanya kos keluli, batu bata, dan bahan binaan lain.

Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia Sdn Bhd, Tang Chee Meng berkata walaupun terdapat peningkatan kos, pemaju dijangka berusaha menyerap sebahagian besar kenaikan itu memandangkan pasaran masih berada dalam fasa pemulihan selepas pandemik.

\”Saya berpendapat bahawa pemaju mungkin tidak berada dalam posisi untuk menaikkan harga hingga dua digit. Kemungkinan kenaikannya hanya sekitar satu digit, kecuali bagi projek di lokasi yang sangat strategik, dengan reka bentuk yang menarik serta kajian pasaran yang menyeluruh dan yakin terhadap permintaan tinggi,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Taklimat Tinjauan Hartanah Malaysia 2025 di ibu negara.

Tambah Chee Meng, pasaran hartanah tempatan secara keseluruhan dijangka terus mencatat pertumbuhan pada tahun ini, didorong oleh beberapa faktor utama seperti perkembangan ekonomi yang stabil, pembangunan infrastruktur, serta peningkatan pelaburan langsung asing dan domestik.

Menurutnya, faktor-faktor tersebut akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pasaran hartanah di Malaysia.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi, menjelang mesyuarat FOMC

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 28 Januari– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan...

Malaysia fokus FTA, pasaran pesat membangun untuk perdagangan 2025
Ekonomi

Malaysia fokus FTA, pasaran pesat membangun untuk perdagangan 2025

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Liew Chin Tong (enam...

Median upah sektor formal meningkat 5.6% kepada RM2,745
Ekonomi

Median upah sektor formal meningkat 5.6% kepada RM2,745

MEDIAUN upah pekerja formal meningkat 5.6 peratus. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Median...

Ekonomi

Bursa Malaysia: Keuntungan bersih meningkat kepada RM310.1 juta

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 27 Januari- Keuntungan bersih Bursa Malaysia melonjak 22.9 peratus...