Home Nasional Kilang kitar semula Taman Ria Jaya terbakar, tiada mangsa dilaporkan
Nasional

Kilang kitar semula Taman Ria Jaya terbakar, tiada mangsa dilaporkan

Kilang kitar semula Taman Ria Jaya terbakar, tiada mangsa dilaporkan

Sebuah kilang kitar semula di kawasan Perusahaan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Taman Ria Jaya, terbakar awal pagi tadi / Foto JBPM Kedah

SUNGAI PETANI, 25 Januari – Sebuah kilang kitar semula di kawasan Perusahaan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Taman Ria Jaya, terbakar awal pagi tadi, mengakibatkan 80 peratus struktur bangunan tersebut musnah.

Komander Kanan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II, Abdul Fataf Amdan memaklumkan kebakaran melibatkan bangunan kekal bersaiz 70 x 140 kaki persegi.

\”Pusat Gerakan Operasi Negeri Kedah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.35 pagi melalui sistem MERS999. Jentera dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya Sungai Petani, Tikam Batu, serta Pasukan Bomba Sukarela berhampiran dikerahkan ke lokasi kejadian,\” katanya menerusi kenyataan.

Operasi pemadaman melibatkan penggunaan empat aliran sepanjang 400 kaki dan lapan pancutan air dari tangki.

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden tersebut dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.50 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....