Home Nasional MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari
Nasional

MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari

MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

JELI, 24 Januari – Seramai 150,000 pengembara warganegara Malaysia menggunakan aplikasi MyBorderPass yang mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) selepas 21 hari dilancarkan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu digunakan di 40 kaunter \’autogate\’ QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, lebih setengah juta penggembara warganegara memuat turun aplikasi tersebut.

Kemudahan itu adalah langkah inovatif ke arah mempercepatkan pemeriksaan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan langkah memperbaiki imej negara, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

\”Kami mulakan dengan menambah 40 \’autogate\’ QR yang dan berdasarkan kepada pengecaman muka Alhamdulillah hari ini sudah pun berjalan 21 hari. Saya lapor pada jemaah menteri penggunaannya hampir 150,000 dan yang muat turun aplikasi itu yang namanya MyBorderPass sudah melebihi setengah juta,\” kata Saifuddin.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

Turut hadir pada majlis itu ialah, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay,Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor) Bangunan Jabatan Kerja Raya Datuk Ir Ibrahim Esa dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, KLIA adalah pintu masuk utama negara dan tahun lalu jumlah pelepasan adalah 15 juta orang, manakala ketibaan hampir 14 juta orang.

Beliau berharap lebih banyak kaunter pemeriksaan yang menggunakan inovasi baru itu dapat diletakkan tahun ini.

Sementara itu, Saifuddin menegaskan isu keselamatan sempadan tetap diutamakan dan tidak boleh berkompromi.

Beliau juga turut memberi sokongan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat atas tindakan menutup pengkalan haram di sempadan Kelantan.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...