KUALA LUMPUR, 23 Januari – Kerajaan komited dalam memperkasakan pertumbuhan industri menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ke arah itu tumpuan akan terus diberikan melalui sokongan dasar, peningkatan kecekapan, pembangunan bakat dan insentif struktural.
Menurutnya, ini bagi memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2028 atau 2029.
\”Kita juga sebagai kerajaan dalam mengubal dasar kita perlu tahu juga kekangan dan kepentingan mereka dan ini membolehkan RMK13 itu cukup maklum balas daripada \”top down\” apa yang kerajaan perlu buat dan kita nak bawa ekonomi dan \”bottom up\” maksudnya ini perkara-perkata yang diperlukan untuk sama-sama bekerja dengan kerajaan,\” kata Rafizi.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama-sama peserta industri untuk RMK-13 di sini.
Dalam pada itu Rafizi memaklumkan, lebih banyak insentif baharu akan diperkenalkan melalui RMK13.
Katanya, ia dirangka mengikut dasar yang diperlukan dan tidak hanya tertumpu kepada pengagihan sumber secara langsung.
\”Banyak insentif baharu yang perlu diperkenalkan tetapi insentif itu bukanlah bersifat mengagihkan kewangan dan projek semata-mata. Insentif itu akan dibina di sekeliling dasar-dasar yang kita kata perlukan untuk memudahkan rantaian tingkah laku yang kita perlukan dalam masyarakat ekonomi kita,\” katanya lagi.