Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 22 Jan(Livevartha)–FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, mencerminkan prestasisemalamanWall Streetyang kukuh dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
Pada5 petang, penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mataatau 0.46 peratuskepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
Indeks penanda aras itu dibuka 2.76 mata lebih tinggi kepada 1,583.22 daripada 1,580.46 ketika ditutup pada Selasa.
Lingkungan pasaranbagaimanapunsedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 447 berbanding 424, manakala 605 kaunter tidak berubah, 892 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susutkepada2.99 bilion unit bernilai RM2.24 bilion daripada 3.42 bilion unit yang bernilai RM2.61 bilion pada Selasa.
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan,prestasi pasaran hari ini disokong oleh keputusan BNM untuk mengekalkan OPR, yangtelah memberikan kesan penstabilan ke atas sistem kewangan di tengah-tengah pemantauan berterusan terhadap perkembangan dasar perdagangan AS.
Selain itu, beliau berkata pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai potensi tarif 10 peratus ke atas Chinabukanlah tindakan yang lebih berat, telah membawa kejelasan yang amat diperlukan kepada pasaran dan meredakan kebimbangan pelabur.
“Ini telah mempengaruhi sentimen secara positif, terutamanya dalam kalangan pelabur di Asia, yangmana pasaran serantau ditutup tinggi. Di bursa tempatan, kenaikan hari ini adalah lebih meluas dan lebih ketara berbanding sesi sebelumnyadengan beberapa sektor yang kukuh memacu momentum kenaikan.