Home Nasional Pasangan warga emas maut kereta bertembung lori di Lawas
Nasional

Pasangan warga emas maut kereta bertembung lori di Lawas

Pasangan warga emas maut kereta bertembung lori di Lawas

Kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan/Foto Ihsan Bomba Lawas

LAWAS, 21 Januari – Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori pengangkut batu di Kampung Berayung Baru, Jalan Trusan, tengah hari tadi.

Mangsa, Peranchis Nani, 67 tahun, yang memandu kereta, dan isterinya, Raminah Tadam, 69 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Clarence D. Primus Tiandun, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.11 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

\”Siasatan awal mendapati lori tersebut dipercayai menuju ke bandar Trusan sebelum bertembung dengan kereta pasangan itu yang datang dari arah bertentangan,\” katanya.

Kedua-dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, manakala pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....