Home Nasional 1,000 rakyat Terengganu terima sumbangan Ihsan MADANI
Nasional

1,000 rakyat Terengganu terima sumbangan Ihsan MADANI

1,000 rakyat Terengganu terima sumbangan Ihsan MADANI

Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong Kian Young (dua kiri) bersama penerima bantuan pada Majlis Penyampaian Bantuan Ihsan MADANI di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman hari ini/RTM

KEMAMAN, 21 Januari- Seramai 1,000 orang daripada golongan memerlukan serta penduduk terjejas banjir di Terengganu menerima sumbangan Ihsan MADANI hari ini.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM120,000 itu disampaikan oleh Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Muhammad Fikri Abdul Aziz yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penerima bantuan, Zarudin Ismail meluahkan rasa syukur kerana bantuan tersebut dapat meringankan beban kewangan keluarga mereka

\”Alhamdulillah, sangat membantu. Saya ada tiga anak sekolah, jadi sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sebagai keluarga berpendapatan B40. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak,\” katanya.

Seorang lagi penerima, Daud Deraman, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, \”Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang diberikan kepada rakyat. Kami benar-benar merasai manfaatnya,\” katanya.

Yong Kim San turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang dianggap sangat membantu dalam membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Sumbangan Ihsan MADANI di daerah Kemaman itu disampaikan dalam majlis yang diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman di sini hari ini.

Terengganu merupakan negeri keempat dalam Jelajah Ihsan MADANI selepas kawasan utara.

Selain wang tunai, penerima turut menerima bantuan barangan dapur yang disalurkan dengan kerjasama Persatuan Amal Ikatan Setia Kasih Terengganu.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...