Home Nasional Kerajaan komited pastikan semua skim sektor awam terlibat dalam SSPA
Nasional

Kerajaan komited pastikan semua skim sektor awam terlibat dalam SSPA

Kerajaan komited pastikan semua skim sektor awam terlibat dalam SSPA

Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada skim dalam sektor awam akan dipinggirkan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) / Foto Hiasan / Bernama

PUTRAJAYA, 21 Januari – Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada skim dalam sektor awam akan dipinggirkan melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), dengan mengambil kira pandangan serta ulasan membina bagi memastikan semua perjawatan mendapat manfaat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata langkah itu sejajar dengan agenda reformasi perkhidmatan awam di bawah Malaysia MADANI.

\”Pelaksanaan SSPA bertujuan mencapai tiga fokus utama iaitu meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan pegawai awam untuk melaksanakan perubahan dan merancakkan daya saing negara,\” katanya menerusi kenyataan.

Wan Ahmad Dahlan berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan Mesyuarat Kerja Pasca-SSPA Fasa 1 bersama pengurus sumber manusia kementerian, jabatan Persekutuan, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mesyuarat itu bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai pelaksanaan SSPA yang berkuat kuasa 1 Disember 2024, khususnya berkaitan pengurusan perubahan dalam sektor awam.

“Penganjuran mesyuarat kali ini memberi pertimbangan sewajarnya terhadap isu-isu pengurusan sumber manusia setelah pelaksanaan Fasa 1 SSPA. Ia turut memfokuskan hasil dapatan daripada ‘Sesi Penandaarasan Kajian SSPA’ yang merujuk kepada amalan terbaik perkhidmatan awam di negara lain,” katanya.

Menurut beliau, usaha itu juga mengiktiraf kepentingan membangunkan ekosistem perjawatan yang lebih komprehensif, dengan penekanan terhadap modal insan berasaskan pendigitalan dan teknikal, khususnya untuk pegawai awam muda.

Selain itu, JPA turut menganjurkan sesi klinik dan pertemuan bersama Jawatankuasa Kecil Kerja.

Inisiatif tersebut memberi ruang kepada pegawai sumber manusia di kementerian, jabatan Persekutuan, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengajukan pertanyaan serta meningkatkan kefahaman mereka berhubung pelaksanaan SSPA Fasa 1.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....