Home Nasional PM tiba di Belgium untuk lawatan kerja dua hari
Nasional

PM tiba di Belgium untuk lawatan kerja dua hari

PM tiba di Belgium untuk lawatan kerja dua hari

Foto Jabatan Perdana Menteri

BELGIUM, 19 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Belgium.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels-Zaventem pukul 2.00 petang waktu tempatan dan disambut Duta Besar Malaysia ke Belgium, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak bersama wakil dari Kementerian Luar Negeri Belgium, Alain Schmitz.

Lawatan kerja ke Belgium ini merupakan lawatan pertama Datuk Seri Anwar selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar diiringi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Acara pertama Perdana Menteri di Belgium ialah menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di Brussels sebelum bertemu dengan Presiden Majlis Muslim Belgium.

Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Sementara Belgium, Alexander De Croo diikuti dengan Mesyuarat Bersama Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas dan Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa.

Antara isu yang akan dibincangkan isu serantau dan antarabangsa termasuk meneroka peluang untuk meningkatkan hubungan dialog ASEAN-Kesatuan Eropah (EU).

Dalam lawatan ini juga, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama khas di College of Europe.

Dalam aspek perdagangan, Belgium merupakan rakan dagang ke-6 terbesar dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.

Sehingga November 2024, jumlah perdagangan di antara Malaysia dan Belgium adalah sebanyak RM10.79 bilion dengan jumlah eksport daripada Malaysia ke Belgium sebanyak RM7.48 bilion. Manakala, import dari Belgium berjumlah RM3.31 bilion.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...