Home Nasional Variasi strategi jualan iklan di RTM, tarik pengiklan & penaja- KP Penyiaran
Nasional

Variasi strategi jualan iklan di RTM, tarik pengiklan & penaja- KP Penyiaran

Variasi strategi jualan iklan di RTM, tarik pengiklan & penaja- KP Penyiaran

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman

ALOR SETAR, 20 Januari- Pengiklan dan penaja sedia ada yang membeli iklan di RTM perlu dikekalkan, namun pada masa yang sama bahagian pemasaran di semua stesen radio dan televisyen perlu terus meningkatkan jualan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pelbagai strategi jualan iklan boleh dilakukan sebagai contoh katanya, RTM mempunyai 34 stesen radio yang menonjolkan keunikan daerah dan negeri.

Iklan menerusi loghat di setiap negeri antara strategi yang dapat menarik pengiklan dan penaja untuk memperkenalkan produk mereka disamping pakej yang bersesuaian.

\”Kita mengekalkan kredibiliti apabila satu jenama yang dipercayai orang akan sentiasa datang balik dan kita kena tunjukan contoh, contohnya kita mempunyai pengiklan bukan sahaja terus mengiklan di radio.

\”Yang penting mereka nampak apabila mengiklankan produk di KedahFM contohnya pendapatan daripada jualannya meningkat dan apabila meningkat kita juga ada strategi.

\”Kita perkenalkan televisyen, kita digital maksudnya di situ mereka boleh melihat bagaimana apabila jenama mereka lebih dikenali maka pendapatan atau jualan akan meningkat,\” katanya.

Beliau ditemui RTM selepas Majlis Meet & Greet Bersama Pengiklan dan Penaja di salah sebuah hotel di Alor Setar malam tadi.

Hadir sama Pengarah Bahagian Program Radio, Saifuzzaman Yusop dan pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, Nor Hafizoh Idris.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...