Wednesday , 30 April 2025
Home Ekonomi Ekonomi Malaysia meningkat 4.8%, dipacu ekonomi domestik, perkhidmatan
Ekonomi

Ekonomi Malaysia meningkat 4.8%, dipacu ekonomi domestik, perkhidmatan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Januari– Anggaran awalan, ekonomi Malaysia meningkat kepada 4.8 peratus pada suku tahun keempat 2024 dipacu oleh sektor ekonomi domestik dan sektor perkhidmatan.

Penganalisis Ekonomi ,Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, sektor tersebut menyumbang kepada aktiviti borong dan runcit , mencerminkan perbelanjaan pengguna dan keupayaan perniagaan terus berkembang.

Kestabilan kedua-dua sektor ini menjadi faktor daya tahan sektor lain, sekaligus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

\”Begitu juga kuasa beli pengguna juga terus mantap. Seterusnya, adalah subsektor pengangkutan dan logistik menunjukkan berlaku pelbagai gerakan untuk menampung ekonomi itu sendiri dan juga komunikasi dan juga pelaburan kepada pusat data ataupun maklumat,\” kata Dr. Aimi kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, projek-projek mega melibatkan sektor pembinaan yang diterajui kerajaan bukan sahaja merancakkan sektor itu tetapi juga memberi impak berganda kepada sektor perkhidmatan.

Ia bukan sahaja memacu pembangunan infrastruktur negara tetapi turut menyumbang kepada kemajuan sektor-sektor lain sekali gus meningkatkan daya saing ekonomi Malaysia.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...