Home Nasional DBKU padat dengan pelbagai acara menarik sepanjang 2025
Nasional

DBKU padat dengan pelbagai acara menarik sepanjang 2025

DBKU padat dengan pelbagai acara menarik sepanjang 2025

FOTO RTM

KUCHING, 19 Januari- Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyenaraikan sebanyak 28 acara menarik untuk warga Kuching sepanjang tahun ini.

Antara acara utama yang dimasukkan dalam kalendar acara tersebut ialah Bazar Ramadhan 2025, Festival Muzik Kuching, Kayuhan Hari Alam Sekitar, Larian Datuk Bandar DBKU, Kejohanan Pickleball Piala Datuk Bandar, Perarakan Jalanan Kuching dan Festival Kucing Antarabangsa Kuching.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, hari ini menyempurnakan pelancaran Kalendar Acara DBKU 2025 yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.

Pelancaran tersebut juga bersempena dengan Perasmian Kuching Car Free Morning bagi tahun 2025.

Pelbagai acara berlangsung dalam program berkenaan seperti Pertandingan Larian \’Purr-fect\’ 2025, sesi senam aerobik serta perarakan Kuching Car Free Morning yang diiringi oleh Kumpulan Pancaragam DBKU.

Dalam pada itu, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, turut melancarkan Pertandingan Mereka Bentuk Laluan Larian Berbentuk Kucing yang bermula hari ini sehingga 19 Mac 2025.

Turut hadir adalah Datuk Bandar DBKU, Datuk Hilmy Othman.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....