KUALA LUMPUR, 17 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.
Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik7.35 mata kepada1,562.89 daripada1,555.54 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka2.11 mata lebih rendah pada1,553.43 dan turun naik antara1,545.67 dan 1,563.36 sepanjang sesi dagangan.
Sentimen pasaran, bagaimanapun kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 518 berbanding 350, manakala 461 kaunter tidak berubah,1,048 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak1.85 bilion unit, bernilaiRM91.55 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata tuntutan pengangguran yang lebih tinggi daripada jangkaan sertajualan runcit dan teras runcit yang lemah daripada jangkaan mencetuskan ketidakstabilan pasaran dan menyumbang kepada tekanan jualan diWall Street.
Meskipun prestasi semalaman AS adalah negatif, ia boleh mencetuskan aktiviti pembelian saham pada harga rendah dalam pasaran domestik kerana saham-saham telahdijual pada parasterlebih jual, katanya.
“Kami melihat peluang inidalam sektor tenaga, yang boleh mendapat manfaat daripada lonjakan minyak mentah Brent, manakala saham teknologi juga mungkin menarik minat memandangkan persekitaran dolar AS yang tinggi.
“Sementara itu, kemajuan projektransit aliran ringan Pulau Pinang dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura mungkin meningkatkan sektor pembinaan dan hartanah dalam tempoh pendek hingga sederhana," kata firma sekuriti itu dalam satu nota hari ini.