Home Pasaran Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Ringgit Dijangka Diniagakan Sekitar 4.50 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Livevartha) –Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS minggu depan ketika pasaran menunggu upacara mengangkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu,pada 20 Jan, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Kenanga IB berkatagelombang perintah eksekutif mungkin boleh meningkatkan ketidakpastian dasar, memastikan aset berisiko terkawal.

"Sementara itu, risiko geopolitik, termasuk gencatan senjata Israel-Hamas, tetap menjadi tumpuan," katanya.

Kenanga IB berpandangan dolar AS kekal kukuh seperti yang dijangkakan sepanjang minggu ini, mengekalkan ringgit dalam julat kecil 4.50 hingga 4.51.

"Indeks dolar AS melepasi sebentar paras110.0 pada hari Isnin, didorong oleh senarai gaji bukan ladang yang lebih kukuh daripada jangkaan, tetapi susut kepada 109.0 berikutan Indeks Harga Pengeluar teras AS yang rendah," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan pada hari Jumaat.

Bagiasas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit menyusut berbanding dolar AS kepada 4.5040/5085 daripada 4.4945/5000 seminggu lalu.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada5.4953/5008 daripada 5.5296/5364 pada akhir minggu dagangan minggu ini, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8918/8949 daripada2.8461/8497 dan susut berbanding euro kepada4.6382/6429 daripada4.6298/6355 sebelumnya.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...