Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Seiring Pemulihan Pasaran Tunai Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Seiring Pemulihan Pasaran Tunai Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Seiring Pemulihan Pasaran Tunai Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerakseiring pemulihanpasaran tunai pendasar, dengan jangkaan pemulihan yang berterusan minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan FBM KLCI akan didagangkan dalam julat 1,560 hingga 1,590.

“Indeks penanda aras pulih sedikit selepas penjualan besar-besaran, tetapi kami percaya FBM KLCI harus kekal di atas paras 1,600 untuk meraihkembalimomentum.

“Ia dilihat masih berada dalam kawasan terlebih jual, jadi kami menjangka aktiviti pemburuan saham pada harga rendah akan berterusan minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak Januari 2025 susut 32 mata kepada 1,567.0, Februari 2025 merosot 29.5 mata kepada 1,570.5, Mac 2025 turun 30 mata kepada 1,552.15, dan kontrak Jun 2025 susut 26.5 mata kepada 1,561.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 46,659 lot daripada 30,969 lot minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 44,886 kontrak daripada 42,928 kontrak sebelum itu.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama itu susut35.69 mata kepada1,566.72 daripada1,602.41 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...