Saturday , 18 January 2025
Home Nasional Lawatan PM ke UK tarik pelaburan RM11 bilion
Nasional

Lawatan PM ke UK tarik pelaburan RM11 bilion

Lawatan PM ke UK tarik pelaburan RM11 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

LONDON, 18 Januari – Lawatan kerja pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Keberhasilan itu, menurut Anwar, mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.

Dalam sidang media bersama delegasi Malaysia pada Jumaat, Anwar menjelaskan bahawa potensi eksport yang dijana dalam tempoh lima tahun akan datang dianggarkan berjumlah RM500 juta, melibatkan produk peralatan dan komponen pesawat.

\”Saya ada beberapa pertemuan dengan ketua-ketua syarikat, dan dalam pertemuan itu dizahirkan usul mereka. Menarik juga, selain pelaburan, ada dalam kalangan mereka yang memilih untuk mengimport barangan sekitar masa singkat kira-kira RM500 juta,\” katanya.

Anwar turut memaklumkan Malaysia dan UK bersetuju meningkatkan kerjasama perkongsian strategik yang meliputi bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh baharu, kecerdasan buatan (AI), digital, perubahan iklim, pendidikan tinggi, pertahanan, dan keselamatan.

Penyertaan rasmi UK dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 15 Disember lalu juga dilihat membuka laluan yang lebih mudah untuk perdagangan dan pelaburan bersama Malaysia.

\”Dengan CPTPP, penyertaan, kontrak, profesional, dan barangan lebih mudah dibawa dari Malaysia. Dalam pertemuan bersama syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad, YTL Group, dan Gamuda Bhd yang melabur di sini, kita tekankan supaya mengambil kira pulangan kepada Malaysia,\” jelas Anwar.

Anwar turut memuji keupayaan syarikat Malaysia yang bersaing di peringkat antarabangsa, termasuk YTL Group, dimana projek pembangunan bersepadunya di UK dianggarkan mampu menjana potensi eksport berjumlah RM1.1 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri UK, Keir Starmer, turut melahirkan rasa kagum terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang berjaya memenangi tender projek di UK.

CPTPP yang telah berkuat kuasa ke atas Malaysia sejak 29 November 2022 kini memberikan peluang lebih besar untuk kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Related Articles

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara
Nasional

PM seru diaspora Malaysia hargai kemajuan teknologi dan kepakaran negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemputan pada...

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok keringKUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan...

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / ReutersPUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza
Nasional

Malaysia-Jepun gerak kerjasama Asia Timur untuk pembangunan semula Gaza

Foto Hiasan / AFPLONDON, 18 Januari – Inisiatif pembangunan semula Gaza dianggarkan...