Home Nasional Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah
Nasional

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Pasar Payang ketengahkan makanan tradisional Terengganu sempena cuti sekolah

Proses pembuatan keropok kering

KUALA TERENGGANU, 18 Januari- Pasar Payang di sini mengetengahkan kepelbagaian makanan tradisional sempena cuti sekolah sebagai salah satu daya tarikan pelancong ke negeri itu.

Usaha itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai produk makanan tempatan sekali gus membantu pengusaha kuih tradisional.

Bagi pengusaha kuih tradisional Saufi Mat Senan yang ditemui pemberita berkata, dia menyambut baik inisiatif mengetengahkan makanan tempatan kepada pengunjung.

\”Saya sebagai generasi muda yang memperjuangkan kuih tradisional Terengganu iaitu \’Mek Comey\’ sangat bangga dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk memperkenalkan kuih ini kepada pengunjung.

\”Mungkin tidak ramai yang tahu, sekiranya penduduk tempatan ada yang tidak tahu apatah lagi pengunjung dari luar. Mungkin juga kuih ini mempunyai bentuk sama, namun ia mempunyai kelainan tersendiri,\” katanya.

Sementara itu pengunjung dari Johor Siti Nurfatin Haifaa\’ Farizah berkata, dia berpeluang menyaksikan sendiri pembuatan kuih tradisional Terengganu.

\”Pengalaman ini sangat berharga buat kami, kerana kita dapat mengenali kuih tradisonal Terengganu dan cara pembuatannya dengan lebih mendalam.

\”Seperti yang kita tahu, setiap negeri mempunyai makanan tradisional yang tersendiri, jadi ini memberikan peluang kepada generasi muda khususnya anak-anak kita untuk mencuba makanan tradisional ini,\” katanya.

Manakala seorang lagi pengunjung tempatan Ishak Mohamad menyifatkan usaha berkenaan memberikan peluang golongan muda mengenali kuih tradisional Terengganu.

\”Saya fikir ini merupakan satu peluang yang baik untuk semua pengunjung, sebab kalau kita nak pergi ke kawasan pembuatan kuih ini munkin kita tidak akan pergi.

\”Jadi apabila semuanya digabungkan bawah satu bumbung, pengunjung dapat melihat sendiri cara pembuatan dan menikmati kuih tradisional ini,\” katanya.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...