Home Nasional PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala
Nasional

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

PM adakan lawatan kerja ke Belgium, perkukuh hubungan dua hala

Foto Hiasan / Reuters

PUTRAJAYA, 18 Januari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Belgium bermula Ahad, selepas selesai lawatan kerjanya ke United Kingdom.

Kementerian Luar memaklumkan lawatan sulung Anwar ke Belgium itu bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Belgium serta hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU).

\”Semasa lawatan tersebut, Perdana Menteri dijangka akan bertemu Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo, bagi membincangkan hubungan dua hala dan mempergiat kerjasama dalam pelbagai bidang. Mereka juga akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,\” menurut Kementerian Luar menerusi kenyataan.

Anwar turut dijadual bertemu Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa, bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan Malaysia-EU serta kerjasama serantau.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri dijangka mengetengahkan keutamaan Malaysia dan aspirasi global ASEAN dalam menangani cabaran antarabangsa.

Lawatan itu juga akan meneroka cara untuk mempereratkan hubungan dialog ASEAN-EU.

Kementerian Luar turut menyatakan, Anwar akan menekankan komitmen Malaysia terhadap keamanan, kestabilan, dan kemakmuran serantau dalam rangka kerja inklusif, mampan, dan berorientasikan masa depan.

Di Belgium, Anwar turut akan menyampaikan ucaptama bertajuk “Bridging Regions: Strengthening Southeast Asia-European Resilience” di College of Europe.

Antara Januari hingga November 2024, perdagangan dua hala Malaysia dengan EU, termasuk Belgium, berjumlah RM200 bilion (USD43.71 bilion).

Sehingga kini, sebanyak 1,345 projek pembuatan melibatkan penyertaan EU telah dilaksanakan di Malaysia, dengan pelaburan bernilai RM239.9 bilion (AS$59.80 bilion), mewujudkan 155,933 pekerjaan.

Selepas lawatan di Belgium, Perdana Menteri dijadual akan berlepas ke Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...