Home Ekonomi Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek
Ekonomi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM27.34 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.98 bilion bagi dana Islam.

Pada hari ini, bank pusat berkenaan akan menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing tender RM2.2 bilion selama tujuh hari dan tender RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari.

BNM akan turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM3.0 bilion selama tiga hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM630 juta selama tujuh hari.

Selain itu, bank pusat mengumumkan ketersediaan perjanjian repo berbalik, jual dan belian semula dan kemudahan komoditi Murabahah Bercagar untuk seminggu, sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM34.0 bilion dan RM16.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...