Home Nasional Penerokaan TNB di UK peluang perluas sektor TBB – PM
Nasional

Penerokaan TNB di UK peluang perluas sektor TBB – PM

Penerokaan TNB di UK peluang perluas sektor TBB – PM

Anwar Ibrahim ketika melancarkan dua ladang solar, Eastfield dan Bunkers Hill oleh TNB di London, UK, awal pagi tadi waktu Malaysia/RTM

LONDON, 17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan penerokaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (TBB) di United Kingdom (UK) mampu memberikan impak positif kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan menggalakkan TNB dan syarikat-syarikat lain untuk terus menumpukan pelaburan baharu di Malaysia sebagai langkah memacu pembangunan ekonomi.

\”Ekonomi sedang berkembang pesat. Kami sebahagian daripada rantau yang dinamik dan semakin mendapat tumpuan serta daya tarikan sebagai destinasi pelaburan. Oleh itu, TNB bersama pemain-pemain lain telah diamanahkan untuk meneroka peluang baharu terutamanya dalam TBB seperti yang saya tekankan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan dua ladang solar iaitu Eastfield dan Bunkers Hill dengan kapasiti 102 Megawatt (MW) oleh TNB di sini pada Khamis malam waktu tempatan.

Projek tersebut yang disokong oleh skim Kontrak untuk Perbezaan (CFD) selama 15 tahun diperoleh pada Julai 2022 dijangka mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada awal tahun ini.

Anwar turut yakin kerjasama tenaga serantau melalui Grid Kuasa ASEAN akan memanfaatkan teknologi baharu bagi mempercepatkan peralihan tenaga di rantau ini.

Selain itu, beliau menyeru peningkatan usaha untuk menarik pelaburan yang melibatkan daya cipta daripada pemain korporat dan profesional, sambil menegaskan kejayaan kedua-dua ladang solar itu mencerminkan kepakaran Malaysia dalam menyediakan penyelesaian tenaga lestari di peringkat global.

TNB kini memiliki, membangun dan mengendalikan aset tenaga boleh diperbaharui di UK dan Ireland termasuk projek solar, tenaga angin darat, tenaga angin luar pesisir serta projek bateri.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...