Home Nasional Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sabah hari ini
Nasional

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sabah hari ini

Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Sabah hari ini

Foto hiasan

PETALING JAYA, 17 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Sandakan, Telupid dan Beluran sehingga hari ini.

Manakala, hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Sabah juga melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Johor bermula hari ini hingga Ahad melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran itu turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di negeri Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....