Home Nasional PM lawat Battersea Power Station, pelaburan terbesar Malaysia di UK
Nasional

PM lawat Battersea Power Station, pelaburan terbesar Malaysia di UK

PM lawat Battersea Power Station, pelaburan terbesar Malaysia di UK

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

LONDON, 17 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker House of Commons, Lindsay Hoyle di Speaker House, Westminster dalam rangka lawatannya ke United Kingdom (UK).

Ketibaan Perdana Menteri bersama delegasi disambut oleh Timbalan Speaker, Caroline Nokes.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar dan Lindsay Hoyle membincangkan isu-isu berkaitan hubungan dua hala antara Malaysia dan UK.

Beliau turut mengunjungi Battersea Power Station yang merupakan pelaburan terbesar Malaysia di UK dan disambut oleh Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan, Pengerusi Battersea Project Holding Company Ltd serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Battersea Power Station kini menjadi hab ekonomi dengan lebih 150 kedai, kafe, restoran dan perniagaan lain serta menempatkan hampir 3,000 penduduk.

Anwarturut berkongsi lawatan tersebut menerusi laman Facebook rasmi beliau.

\”Sewaktu lawatan kerja di London UK, saya dan delegasi sempat singgah di Battersea Power Station yang dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

\”Ketersediaan segala infra di sini mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) ini ke tahap lebih tinggi di masa hadapan,\” jelas Perdana Menteri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....