Home Ekonomi Pasaran hartanah tempatan tunjuk tanda pemulihan jelas 
Ekonomi

Pasaran hartanah tempatan tunjuk tanda pemulihan jelas 

Pasaran hartanah tempatan tunjuk tanda pemulihan jelas 

JEFFREY Ng (empat dari kanan) pada persidangan tahunan pemaju hartanah, Siri CEO: 2025 di sini, hari ini.

PETALING JAYA: Pasaran hartanah tempatan menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang jelas dalam tempoh sedekad ini termasuk kerancakan pelancaran projek baharu serta pengurangan stok hartanah tidak terjual atau ‘overhang’, kata Pengerusi Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda). 

Datuk Jeffrey Ng memaklumkan, bermula dari tahun 2010 hingga 2014, pengenalan Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) memberikan dorongan besar kepada pasaran, menyebabkan pelancaran projek yang kukuh. 

Bagaimanapun, beliau berkata, apabila DIBS dimansuhkan pada tahun 2014, pertumbuhan pasaran mula perlahan yang membawa kepada hampir sedekad kemelesetan.  

“Antara tahun 2014 dan 2023, pasaran menyaksikan pelancaran projek yang lebih perlahan, lebihan stok yang bertambah dan jumlah unit yang lebih sedikit dilancarkan. 

“Pada tahun 2023, pasaran mula pulih semula dan kini jelas bahawa kita sedang memasuki fasa kitaran menaik dengan prospek positif untuk masa depan,” katanya pada ucapan alu-aluan sempena persidangan tahunan pemaju hartanah, Siri CEO: 2025 di sini, hari ini.

Malah, jelas Jeffrey, kos bahan yang semakin meningkat dan kekurangan tenaga kerja terus memberi tekanan kepada sektor hartanah. 

“Data juga menunjukkan bahawa kos bahan binaan telah meningkat secara purata sebanyak lapan peratus setiap tahun dalam tempoh tiga tahun yang lalu, sekali gus memerlukan penyelesaian perolehan yang inovatif,” katanya, 

Mengulas lanjut, beliau berharap industri hartanah juga perlu secara proaktif mengintegrasikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), dengan memberi penekanan kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui, reka bentuk bangunan lestari dan perancangan bandar yang inklusif. 

“Komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 memerlukan kerjasama yang signifikan antara sektor awam dan swasta,” katanya. 

Jeffrey berkata, cabaran urbanisasi, termasuk kesesakan lalu lintas dan infrastruktur yang tidak mencukupi, semakin mendesak. 

“Kadar urbanisasi Malaysia dijangka mencapai 80 peratus menjelang 2030, memerlukan pembangunan penyelesaian bandar pintar dan mampan yang dipercepatkan,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....