Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.79mata kepada1,563.67 daripada paras penutup1,576.46 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran itudibuka tinggi naik 5.87 mata kepada1,582.33 dan kemudiannya bergerak antara paras 1,564.26 dan 1,586.21 sepanjang sesi dagangan.

Suasanapasaran secara umumnya negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 882 berbanding 147, manakala 364 kaunter tidak berubah, 982 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.16 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.

PeniagaActivTrades Anderson Alves berkata peserta pasaran global akan memantau rapat pengumuman data utama indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS)lewat malam ini, dengan bacaan inflasi keseluruhandan inflasi teras diunjurkan masing-masing berada pada 0.5 peratus dan 0.3 peratus bulan ke bulan.

Beliau berkata jangkaan cenderung kepada aliran inflasi yang lebih baik dalamtempoh beberapa bulan akan datang, bergantung kepada pelarasan bermusim dan keputusan dasar perdagangan daripada pentadbiran baharu Presiden AS yang baru dilantik Donald Trump.

Susulan data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat minggu lepas, pasaran dilihat yakin dengan pengumuman IHP AS yang lebih positif, katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...