Home Pasaran Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal
Pasaran

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal daganganKhamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 11.20 mata atau 0.71 peratus kepada1,573.32 daripada 1,562.12 selepas dibuka menambah10.49 mata kepada 1,572.61.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 328 berbanding 83 manakala 226 kaunter tidak berubah, sebanyak1,738 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 316.43 juta unit bernilai RM151.54 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan mencatat peningkatan selepas pelabur gembira dengan usaha meredakan ketegangan geopolitik di Timur Tengahberikutan pengesahan gencatan senjata oleh Israel-Hamas selain perjanjian berkaitan tebusan di Gaza.

Perjanjian itu dilaporkan akan berkuat kuasa pada hari Ahad, 19 Januari.

Pada masa sama, kebimbangan pasaran turut berkurangan apabila data indeks harga pengguna (IHP) AS yang mengatasi jangkaanmanakala Bank of Korea mengekalkan kadar faedah.

Semua perkembangan itu dijangka membawa kepada peningkatan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah di pasaran, kata Mohd Sedek kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...