Home Nasional Kertas siasatan terhadap syarikat lori punca kemalangan di KM204 Lebuhraya PLUS dilengkapkan
Nasional

Kertas siasatan terhadap syarikat lori punca kemalangan di KM204 Lebuhraya PLUS dilengkapkan

Kertas siasatan terhadap syarikat lori punca kemalangan di KM204 Lebuhraya PLUS dilengkapkan

Muhammad Firdaus Shariff

BATU BERENDAM, 16 Januari- Kertas siasatan terhadap syarikat lori yang disyaki menjadi punca kemalangan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara pada 23 Disember lalu telah dilengkapkan dandiserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, kertas siasatan nahas kemalangan itu diserahkan pada awal minggu lalu bagi tindakan bawah Akta Pengangkutan Darat Awam (APAD) 2010.

\”Kita mengambil tindakan ke atas pengusaha dan pada masa ini kita masih belum mendapat apa-apa perkembangan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

\”Keputusan dan perkembangan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya akan dimaklumkan kemudian,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Khas bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini.

Sebelum ini media melaporkan tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dua lori dan dua buah kereta di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara.

Siasatan awal mendapati bas persiaran tersebut terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Ia menyebabkan bas tersebut bertembung dengan tiga kenderaan hingga menyebabkan lima penumpang sebuah MPV dan pemandu serta penumpang bas berkenaan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Related Articles

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye
Nasional

Fadillah Yusof kongsi detik cemas gegaran gempa bumi di Turkiye

Fadillah Yusof dan rombongan diarahkan keluar dari Terminal VIP Lapangan Terbang Istanbul...

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan
Nasional

Petugas haji RTM berlepas petang ini, Salam Baitullah janjikan kelainan

Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa (BES), Md Shahri Saripan (tiga dari kiri)...

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan
Nasional

Intervensi KPM: Calon tidak hadir SPM rekod penurunan

Sidang media pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024 di Putrajaya...

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan
Nasional

SPNB kaji kewajaran naikkan harga RMR, kesan kos barang binaan

Foto FailBANDARAYA MELAKA, 24 April– Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengkaji kewajaran...