Home Nasional KKM perkasa perkhidmatan kesihatan patuh syariah
Nasional

KKM perkasa perkhidmatan kesihatan patuh syariah

KKM perkasa perkhidmatan kesihatan patuh syariah

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad / Foto Bernama

BANGI, 14 Januari – Perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bakal diperluas bagi memenuhi keperluan pesakit beragama Islam di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata usaha tersebut mampu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai model global dalam penjagaan kesihatan berteraskan syariah.

“Pastinya saya juga mendapat input, cadangan, dan resolusi mengenai cara memperbaiki serta memperkukuhkan kerangka standard perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia. Ini perlu diberikan sokongan penuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pesakit yang datang untuk rawatan perubatan atau kesihatan melihat nilai tambah ini sebagai satu faktor yang memberikan mereka keselesaan di fasiliti patuh syariah. Ini adalah nilai tambah penting untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan Dengan Nilai-nilai Syariah, di sini.

Tambah Dzulkefly, sebanyak 35 peratus hospital di negara ini telah melaksanakan MS ISO 1900:2014, iaitu standard Malaysia bagi sistem pengurusan kualiti berteraskan syariah dalam pengurusan hospital.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....