Home Nasional Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data
Nasional

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data

Foto FB PM

ABU DHABI, 15 Januari– Malaysia mengalu-alukan syarikat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melabur di Malaysia dalam projek melibatkan tenaga boleh baharu (TBB) serta pusat data.

Kenyataan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke UAE, bermula Ahad lalu.

Justeru, beliau telah mengadakan pertemuan dengan syarikat dana kekayaan berdaulat negara itu.

Katanya, dalam pertemuan dengan syarikat Masdar, kerajaan memaklumkan akan memudah cara rancangan pelaburan Masdar di Malaysia secara usaha sama dengan syarikat tempatan bagi projek tenaga hijau, infrastruktur, bateri utama serta memperkukuh grid tenaga.

Bagi Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) pula, ia melibatkan projek berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan rangka kerja Ekonomi MADANI selain projek di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) iaitu pembuatan termaju.

Beliau turut menyambut baik hasrat ADIA untuk bekerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) bagi penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

\”Kerjasama erat antara Khazanah dan Abu Dhabi dan pimpinan ADIA, dengan dokongan pimpinan negara, mereka anggap projek ini projek utama yang mereka akan berikan seluruh dokongan kepada Khazanah,\” kata Anwar kepada pemberita dalam sidang media pada akhir lawatan beliau ke UAE, di sini.

Datuk Seri Anwar berkata pertemuan dengan Mubadala pula membincangkan pengeluaran gas asli cecair (LNG) dan pembangunan infrastruktur berkaitan gas, selain pembangunan rantaian nilai seperti hidrogen biru dan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) serta projek di JS-SEZ.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....