Home Ekonomi Kementerian Perladangan sasar peningkatan automasi industri minyak sawit
Ekonomi

Kementerian Perladangan sasar peningkatan automasi industri minyak sawit

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin (kiri) / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Kementerian Perladangan dan Komoditi menyasarkan untuk memberi tumpuan terhadap penggunaan jentera dan automasi dalam usaha mengatasi masalah bekalan buruh yang ketat dalam industri minyak sawit.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata kerajaan tidak bercadang untuk bergantung sepenuhnya kepada buruh asing dan menyarankan lebih banyak mekanisasi dan automasi bagi jangka panjang.

“Kerajaan tidak akan selamanya bergantung kepada buruh asing. Untuk jangka panjang, kita harus menyasarkan lebih banyak mekanisasi dan automasi. Dalam Bajet 2025, kerajaan juga telah menyediakan insentif untuk menggalakkan pemain industri menggunakan lebih banyak mekanisasi dan automasi, jadi itulah rancangan ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Tinjauan dan Pandangan Ekonomi Minyak Sawit (R&O) 2025 di ibu negara.

Mengenai kelewatan mandat biodiesel B40 Indonesia, Chan menjelaskan Malaysia tidak mempunyai keperluan mendesak untuk menggunakan lebih banyak minyak sawit untuk biodiesel, memandangkan negara lebih menumpukan kepada pengeksportan komoditi tersebut.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...