Home Pasaran Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah, Menjejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah, Menjejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah, Menjejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup sedikit rendahpadaIsninseiringdengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran dipengaruhi oleh ketidaktentuan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan prospek kadar faedah AS kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih lama.

"Bagaimanapun, penurunanselanjutnya dihadkan oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS dan kenaikan harga minyak mentah dengan harga minyak mentah Brent melepasi US$81 setongkeranasekatan AS yang lebih meluas.

"Keadaan ini dijangka menjejaskaneksport minyak mentah Rusia kepada pembeli utama iaitu China dan India," katanya kepada Livevartha.

Sekatan baharu akan menjejaskan eksport minyak Rusia selainmendorong China dan India masing-masingsebagai pengimport minyak teratas dan ketiga terbesar duniauntuk mendapatkan lebih banyak minyak mentah dari Timur Tengah, Afrika sertaAmerika yangakan meningkatkan harga dan kos penghantaran.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20)dan lateks pukal masing-masing susut sebanyak2.50 sen sekilogram,masing-masing kepada873.50sen sekilogram dan674.00sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...