Home Pasaran Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah
Pasaran

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan(Livevartha) — Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.

Pada jam 5 petang, indeks penanda arasFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 16.82 mata atau 1.05 peratus kepada1,585.59 daripada paras 1,602.41 dicatatkan pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Sewaktu dibuka, indeks itu turun3.45 mata lebih rendah pada 1,598.96 dan berlegar dalam julat 1,578.97 hingga 1,599.36 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu913 berbanding 211 dengan 450 kaunter tidak berubah, 795 tidak diniagakan dan 39 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada2.85 bilion unit bernilai RM2.54 bilion daripada 2.52 bilion unit bernilai RM2.42 bilion pada Jumaat lepas.

KetuaPenyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pelabur memberi reaksiterhadap jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkankadar faedah pada tahun ini susulan petunjuk kukuhseperti data laporan gaji bukan perladangan Jumaat lepas selain kadar pengangguran susut dan memaparkan pengukuhan ekonominya.

“Walaupun kesemuanya adalah petanda positif bagi asas-asas ekonomi, ini turut meningkatkan kebimbangan mengenai inflasi yang hanya menyukarkan pelaksanaan penurunan kadar faedah itu,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata indeks utama itu mengakhiri dagangan di bawah paras psikologikal penting1,600 dengan dinamik pasaran dan sentimen dipacu emosi yang dipaparkan oleh jualan ketara itu.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...