Home Nasional Sebuah rumah teres musnah dijilat api, lima lagi terjejas
Nasional

Sebuah rumah teres musnah dijilat api, lima lagi terjejas

Sebuah rumah teres musnah dijilat api, lima lagi terjejas

Pasukan bomba sedang memadam kebakaran di Lorong Sim Kheng Hong Dua Kenyalang Park Kuching

KUCHING , 14 Januari- Sebuah rumah satu tingkat jenis kekal di Lorong Sim Kheng Hong Dua Kenyalang Park Kuching musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.56 malam tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, kebakaran itu telah merebak dengan cepat disebabkan tiada dinding pengasing dan melibatkan enam buah rumah manakala sebuah rumah telah musnah 100 peratus.

Pasukan Keluaran Operasi menggunakan teknik \”offensive defensive\” dan membuka atap rumah bertujuan membuat pengudaraan.

Dalam pada itu, pasukan pemadaman juga telah melakukan \”fire break\” di rumah ke-5 dan tindakan berkenaan berjaya menghalang kebakaran daripada merebak.

Operasi tamat pada pukul 12.13 minit tengah malam tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....