Home Ekonomi Malaysia terajui tiga inisiatif transformasi kemampanan ASEAN
Ekonomi

Malaysia terajui tiga inisiatif transformasi kemampanan ASEAN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto Bernama

PETALING JAYA, 13 Januari – Malaysia akan menerajui tiga inisiatif transformasi utama bagi memastikan masa depan kemampanan ASEAN yang lebih jelas dan progresif.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha tersebut merupakan langkah penting untuk mencapai matlamat pembangunan bersama, selain menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam bidang kemampanan.

Antara inisiatif utama adalah penyahkarbonan tenaga, yang memberi tumpuan kepada peralihan kepada grid tenaga rendah karbon yang saling berhubung dengan memanfaatkan sumber tenaga boleh diperbaharui.

\”Malaysia komited untuk meneruskan inisiatif ini dengan penuh semangat dan keazaman. Keutamaan ini mencerminkan aspirasi kita bersama untuk ASEAN yang makmur, mampan, dan saling berkaitan.

\”Namun, untuk mencapai matlamat ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat sivil. Ia menuntut kekuatan kolektif kita sebagai rantau yang menyokong inovasi, daya tahan, dan keterangkuman,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bengkel ASEAN Pembangunan Lestari di Universiti Sunway, di sini.

Selain penyahkarbonan tenaga, dua lagi inisiatif yang akan diterajui Malaysia adalah perlindungan biodiversiti serta meningkatkan ketersambungan ekonomi dalam rantau ASEAN.

Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh daya saing ASEAN di pentas global, sambil memastikan pembangunan ekonomi yang inklusif dan lestari.

Dalam pada itu, Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkataMalaysia berhasrat meneroka pelaksanaan inisiatif nyah karbon yang dapat diperluas ke seluruh ASEAN, khususnya dalam bidang tenaga, sebagai usaha memperkukuh agenda kelestarian serantau.

Katanya,tumpuan utama inisiatif tersebut merangkumi bekalan tenaga, penghantaran, dan pembangunan sistem grid serantau yang saling berhubung, selain mengkaji rangka kerja kawal selia yang diperlukan.

Menurutnya, kerjasama antara negara ASEAN sangat penting bagi memastikan sumber tenaga baharu dapat dimanfaatkan secara kolektif.

\”Kalau kita bergantung kepada Malaysia sahaja, mungkin sukar untuk memperoleh sumber tenaga baharu. Tetapi sebagai sebuah rantau, kita boleh menghubungkan negara-negara ASEAN kerana setiap negara mempunyai kelebihannya.

\”Contohnya, Laos dan Kemboja mempunyai potensi dalam tenaga angin, sementara ada negara lain yang kaya dengan tenaga suria, solar, dan hidro,\” katanya.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...