Home Nasional PM bertemu tokoh ekonomi terkemuka, Jeffrey Sachs, bincang tenaga hijau, ASEAN
Nasional

PM bertemu tokoh ekonomi terkemuka, Jeffrey Sachs, bincang tenaga hijau, ASEAN

PM bertemu tokoh ekonomi terkemuka, Jeffrey Sachs, bincang tenaga hijau, ASEAN

Foto FB PM

KUALA LUMPUR, 12 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan tokoh ekonomi dan pemikir terkemuka dunia, Profesor Jeffrey D. Sachs dari Columbia University.

Pertemuan itu membincangkan beberapa perkara terkait pembangunan mampan, tenaga hijau dan peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Antara lain, Anwar dan Sachs turut membincangkan dasar luar yang lebih bebas untuk menarik minat para pelabur ke Malaysia.

“Moga pertemuan ini membawa pelbagai manfaat kepada negara, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri dalam hantaran di media sosial X.

Pertemuan itu diadakan sebelum beliau berangkat ke luar negara (Emiriah Arab Bersatu) untuk tugasan rasmi.

Sachs merupakan profesor ekonomi terkemuka dunia, penulis buku terlaris, pendidik inovatif, dan pemimpin global dalam pembangunan mampan.

Beliau diiktiraf secara meluas kerana strateginya yang berani dan berkesan dalam menangani cabaran kompleks termasuk mengatasi kemiskinan tegar, perjuangan global melawan perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia, krisis hutang dan kewangan antarabangsa, pembaharuan ekonomi negara, serta kawalan penyakit pandemik dan epidemik.

Beliau juga merupakan Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan PBB, Pengerusi Bersama Majlis Jurutera bagi Peralihan Tenaga, ahli akademik Akademi Sains Sosial Pontifikal di Vatican, Pesuruhjaya Suruhanjaya Jalur Lebar PBB bagi Pembangunan, Profesor Kehormat Tan Sri Jeffrey Cheah di Sunway University dan Penyokong SDG untuk Setiausaha Agung PBB António Guterres.- BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...