Home Nasional PETRA serah enam projek siap kepada Johor, bernilai RM186.1 juta
Nasional

PETRA serah enam projek siap kepada Johor, bernilai RM186.1 juta

PETRA serah enam projek siap kepada Johor, bernilai RM186.1 juta

Foto BERNAMA

KLUANG, 12 Januari– Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan enam projek siap bernilai RM186.1 juta kepada kerajaan Johor.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerjasama antara kerajaan negeri dan penduduk adalah perlu bagi memastikan projek yang dirancang dapat dilaksana dan dimanfaatkan sepenuhnya.

\”Untuk tujuan tersebut sebenarnya PETRA sedang turun ke negeri-negeri melalui Skuad PETRA untuk menilai keadaan terkini.

Ini termasuk dari segi projek ataupun program yang telah dilaksanakan termasuk untuk kedua-dua sektor dari segi tenaga boleh baharu (REE) serta juga untuk air,\” kata Akmal Nasrullah kepada pemberita, hari ini.

Lima projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu Projek Menaik Taraf Empangan Bekok, Projek Menaik Taraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal untuk Kawalan Banjir Negeri Johor, Projek Penambakan Pemecah Ombak di Pengkalan Seri Menanti Laut di Muar, Projek Menaik Taraf Sistem Saliran Mesra Alam Sungai Suloh di Batu Pahat serta Projek Pembinaan U-shape Konkrit dari Sungai Batu Pahat ke Pekan Semerah.

Satu lagi projek iaitu Projek Penyaluran Air Mentah Layang 2 di bawah Jabatan Bekalan Air (JBA).

Kerajaan Persekutuan melalui PETRA sentiasa komited dalam pelaksanaan projek diluluskan untuk negeri Johor menerusi penubuhan Jawatankuasa Khas Task Force Isu Bekalan Air dan Tebatan Banjir di Johor.

Secara keseluruhan, Akmal Nasrullah berkata bawah Rolling Plan Kelima (RP-5) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), sejumlah 29 projek dengan kos keseluruhan RM5.64 bilion serta peruntukan bagi tahun ini sebanyak RM224.8 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui PETRA bagi Johor.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...