Home Nasional 14 keluarga terperangkap banjir di Kota Marudu
Nasional

14 keluarga terperangkap banjir di Kota Marudu

14 keluarga terperangkap banjir di Kota Marudu

11 anggota menyelamatkan 14 keluarga terperangkap banjir di Kota Marudu petang tadi/Foto Bomba

KUALA LUMPUR, 12 Januari – Seramai 58 individu daripada 14 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan selepas banjir melanda kawasan Beliajung, Kota Marudu, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 petang.

\”Mereka terdiri daripada dua warga emas, 17 lelaki dan 25 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki serta sembilan kanak-kanak perempuan.

\”Mereka yang terperangkap di dalam rumah berjaya diselamatkan dalam keadaan selamat dan kini ditempatkan di PPS untuk perlindungan sementara.

Katanya, seramai 11 anggota bersama jentera lori, pacuan empat roda dan bot digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 18 kilometer dari balai bomba.

Pasukan bomba bertindak memindahkan penduduk terjejas menggunakan bot Nadma ke PPS

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...