Home Nasional JS-SEZ bakal ubah lanskap ekonomi Johor-Onn Hafiz
Nasional

JS-SEZ bakal ubah lanskap ekonomi Johor-Onn Hafiz

JS-SEZ bakal ubah lanskap ekonomi Johor-Onn Hafiz

Foto RTM

BATU PAHAT, 13 JanuariMenteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menyifatkan tahun 2025 sebagai detik penting, yang menandakan permulaan era kemajuan pesat untuk negeri Johor.

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai baru-baru ini, dijangka mengubah landskap ekonomi negeri, dengan kemasukan pelaburan berimpak tinggi dari pelbagai bidang.

\”Pelaburan akan masuk daripada seluruh dunia ke Johor. Kita telah pergi ke Shenzen China, kita pergi ke Korea, Jepun, Abu Dhabi, Dubai dan baru-baru ini di Doha.

\”Semua menaruh keyakinan untuk datang ke negeri Johor untuk melabur\”, katanya demikian ketikaberucap pada Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baru Cina di sini.

Justeru, rakyat Johor diseru untuk bersedia merebut peluang dalam sektor pekerjaan, perniagaan, dan pendidikan, yang bakal mekar menerusi JS-SEZ.

Kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa, menjadi asas dalam menentukan kejayaan inisiatif tersebut.

Perjanjian JS-SEZ dimeterai pada 7 Januari lalu, sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, yang disaksikan Perdana Menteri kedua-dua negara.

Sementara itu, sektor kesihatan di Johor, akan menjadi antara titik utama, yang akan diberi fokus, dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkata, beberapa hospital swasta telah menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur dalam inisiatif berkenaan.

Kerjasama strategik itu, dilihat penting bagi memperkukuh sektor kesihatan, perubatan, dan farmaseutikal, sejajar dengan pertumbuhan pesat negeri.

\”Dalam tahun ini juga kita akan menerima satu hospital baru, iaitu Hospital Pasir Gudang dan juga dalam tahun ini, kita dah dapat kelulusan daripada kerajaan pusat. Iaitu hospital baharu Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2).

\”Dan bukan setakat itu sahaja, banyak kumpulan-kumpulan hospital swasta juga menunjukkan minat mereka untuk melabur di negeri Johor\”, katanya demikian dalam Majlis Jamuan Silaturahim Tahun Baru Cina di sini.

Menurutnya, peruntukan bernilai kira-kira RM10 juta juga telah diumumkan untuk sektor kesihatan dalam pembentangan belanjawan Johor 2025, November lalu.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...